Rahsia "PERIBADI" :
Home » » DIA MENARI BERSAMAKU...

DIA MENARI BERSAMAKU...

Monday, November 12, 2012 | 0 Komentar

DIA MENARI BERSAMAKU...


08HB NOVEMBER 2012 (SELASA)
JAM 12.00 T/HARI
Catatan DIARI ROHANIKU membelah laluan perjalanan KOTA BHARU, KELANTAN menuju RAUB, PAHANG. Musim TENGKUJUH yang tidak lekang HUJAN & PANAS silih berganti menemani perjalanan jauh menjemput laluan yang agak licin & sebahagiannya pula tetap kering. Memang PERJALANAN selalunya begitu. Adakalanya KERING & adakalanya BASAH... Yang perlu hanyalah LALUINYA saja, MENERIMA TANPA MEMILIH.

Dalam keasyikan AKU melayan "DIRIKU", Tiba-tiba AKU dikejutkan dengan SUARA nyaring "SELAMATKAN NYAWANYA!!" AKU tersentak... Ternyata di hadapanku melintas SEEKOR HAIWAN & AKU spontan cuba mengelakkannya ke sisi kanan jalan seperti layaknya memotong kenderaan. Tanpa diduga & diluar jangkaan sama sekali, rupa-rupanya jalan KUALA LIPIS yang kelihatan lurus tanpa masalah rupa-rupanya rosak di tengah-tengah laluan menyebabkan MPV yang AKU pandu dalam KELAJUAN SEDERHANA 160KM/J hilang keseimbangan lantas meluru laju ke arah motorsikal dari arah yang bertentangan jalan menyebabkan AKU membalas stereng ke kiri untuk mengelakkannya. TIBA-TIBA tayar depan MPV sebelah kiriKU pecah mendadak menyebabkan ia hilang kawalan. Dengan kelajuan yang "BOLEH TAHAN" itu menyebabkan kenderaanKU agak terangkat & mahu terbalik dalam keadaan berputar-putar 360 DARJAH dua kali berturut-turut berpusing seperti gasing. Bagaikan pertunjukan akrobatik, MPV KU tidak tumbang terbalik sebaliknya tetap menari di atas jalan raya terus memasuki lopak merah yang licin. Segalanya sudah menjadi di luar kawalan sama sekali. Kini dengan laju ia meluru ke dua "DESTINASI" samada CERUN DALAM yang akan menelan kenderaanKU atau TIANG ELETKRIK yang akan membelah MPV putihKU. Tanpa alternatif, MPV KU memlilih tiang elektrik sebagai sasaran. AKU melihat ia semakin mendekat seperti kilat menunggu detik membaham tubuhKU di dalamnya kerana ia tepat menghala ke sisi sudut pemandu. AKU mengamati semua persekitaran depan & belakang, kanan & kiri. AKU sedang MERELAKAN untuk segala KEMUNGKINAN. Dengan SENYUMAN PASRAH AKU tuturkan. "SILAKAN...AKU SIAP." Lebih kurang sejengkal dari tubuhKU, TIBA-TIBA berlaku KEAJAIBAN. Seperti ada yang menyentak MPV KU dari belakang menyebabkan ia terundur ke belakang dengan pantas bagaikan ada yang menariknya dalam keadaan sejuta KEMUSTAHILAN bagi AKAL MANUSIAWI.

Akhirnya... MPV KU yang masih belum berhenti terpaksa AKU kemudi secara REVERSE menanti rentak irama seterusnya. MPV KU kini telah melawan arus. AKU melihat kenderaan-kenderaan sedang meluru ke arah KenderaanKU. AKU biarkan ia di dalam "GERAKNYA" Sehinggalah ia terperosok ke bahu kanan jalan dalam keletihan.

AKU keluar dari MPV KU yang bermandikan lumpur merah dari sebuah persembahan pentas dari TEATER ILAHI. Dari jauh AKU lihat TARIANKU melepasi TIGA TIANG LETRIK. Boleh Tahan SKRIPNYA. AKU TERSENYUM melihat GELETEK DIA. Lalu AKU bertanya DIA. "DI MANA ENGKAU SAAT ITU??" Maka JAWABNYA... "AKU MENARI BERSAMAMU DI DALAM PERSEMBAHAN ITU..." Ohhh... ini TIKETNYA untuk melihat TARIANMU?? Harus MEMBAYARNYA DENGAN NYAWA. Jika demikian, AKU menunggu EPISOD selanjutnya DARIMU...
 "SENI YANG MAHA HALUS"
Share this article :

0 Komentar:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TOK KUTAN - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Free Blogger Template