Rahsia "PERIBADI" :
Home » » Imbasan KHALWAH LAILATUL QADR1434H

Imbasan KHALWAH LAILATUL QADR1434H

Wednesday, September 4, 2013 | 0 Komentar

Melalui detik2 KESIBUKAN dalam mengurusi RUTIN KEHIDUPAN agak membataskan WAKTUKU untuk UPDATE perkembangan PROGRAM KHALWAH LAILATUL QADR 1434H yang baru berlalu. Akhirnya, daku MENCURI sedikit MASA di tengah2 TANGGUNGJAWAB menguruskan PROGRAM FITRAH INSANI 1434H yang sedang BERLANGSUNG dengan sebatas KEUPAYAANKU seizin RABB untuk cuba MEMAPARKAN beberapa SAAT2 sepanjang program berkenaan berlangsung. Biarlah FOTO BERBICARA...
KHALWAH LAILATUL QADR  1434H 
 ...QUANTUM DIMENSI MISTERIUS...
"Taraqqi & Tanazul"

TARIKH : 
19 - 28 RAMADHAN 1434H
(10 akhir RAMADHAN)

Setelah PENDAFTARAN, para IKHWAN mendengar TAKLIMAT berhubung TEORI & PRAKTIKAL yang menjadi  PANDUAN untuk DI DAYAGUNAKAN sepanjang KHALWAH LAILATUL QADR berlangsung. Adalah PENTING penekanan terhadap sesuatu AMALAN menepati PIAWAIAN 'UBUDIYYAH.
Berkali-kali para IKHWAN diingatkan BERAMAL secara "BENAR & TEPAT". Ia menjadi PRINSIP yang sentiasa DIPERTEGASKAN umpama PISTOL & PELURU. Penggunaannya bukan sekadar TAHU dalam PENGENALANNYA atau MAHIR dalam APLIKASINYA tapi senjata itu sendiri punyai PIAWAIAN terhadap SKOP yang mampu membuktikan FUNGSINYA sesuai dengan NAMA & BENTUKNYA.

SOLAT TERAWIH
Sebagaimana LAZIM awal MALAM sepanjang RAMADHAN, majlis tersebut di isi dengan SOLAT TERAWIH BERJAMA'AH sebanyak 20 RAKA'AT. 
Manakala pada SIANGNYA para IKHWAN melalui RIYADHAH SOLAT sebanyak 50 SALAM iaitu 100 RAKA'AT. Kaifiyah AMALAN tersebut awal2 lagi telah diberikan secara lengkap sebagai TUNTUNAN bagi pelaksanaannya secara sempurna. Pada awal PRAKTIK, sebahagian IKHWAN mengalami KESUKARAN untuk menyudahkan bilangan RAKA'ATNYA apatah lagi sekaligus harus MENYEMPURNAKANNYA beserta bacaan SURAH AL-IKHLAS sebanyak 1,000 KALI untuk DI KHATAMKAN. Ia tentunya sangat terkesan PELAKSANAANNYA secara AMALI yang bermula seawal jam 08.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Namun setelah TERBIASA maka ia menjadi semakin RINGAN & sangat MUDAH di sempurnakan. Tentunya dengan RAHMAT ALLAH YANG MAHA PEMURAH.

MANDIAN 7 KALIMAH
Setelah menunaikan SOLAT TERAWIH Pada MALAM PERTAMA, setiap IKHWAN yang menyertai KHALWAH LAILATUL QADR melalui proses awal PENYELARASAN ROHANI (Spiritual Attunement) melalui MANDIAN 7 KALIMAH sebagai HYDROTHERAPY dengan METODOLOGI SUFISTIK.











BACAAN SIRATH AL-MUSTAQIEM
Pada PAGINYA sebagaimana biasa selepas SOLAT SUBUH, bacaan SIRATH AL-MUSTAQIEM (SUGHRO) sama2 di alunkan dalam pada menyampaikan kedalaman RINDU  & CINTA kepada Baginda RASULULLAH Sollallahu 'alaihi wasallam.



RIYADHAH SOLAT DAIM
Pada SIANG & MALAM praktik SOLAT DAIM di lakukan setiap hari untuk MELATIH secara INTENSIF para SALIK bagi mencapai TINGKAT KESEDARAN ROHANI terhadap DIMENSI GHAIBUL GHAIB.












MEMBUKA LATHAIF
Pada PERTENGAHAN MALAM, sebagai PEMBURU LAILATUL QADR para SALIK di bimbing melalui PENGAKTIFAN EXTRA SENSORY PERCEPTION (ESP) untuk menangkap segala ISYARAT ALAM SEMESTA sebagai PERANGKAT JARINGAN ILAHI terhadap KEWUJUDAN LAILATUL QADR. Dengan demikian Para SALIK akan beroleh KEPEKAAN INDERA BATIN untuk MENDETEKSI kedatangan LAILATUL QADR dengan RADAR SEJATI dari SAINS & TEKNOLOGI ROHANI (EXTRO). Segala PRAKTIK di lakukan secara OUT DOOR untuk mengimbangi KESEIMBANGAN ALAM SAGHIR & ALAM KABIR.











LATIHAN KESEDARAN ROHANI
Pada setiap PERTENGAHAN MALAM ujian TINGKAT KESEDARAN akan memberikan NILAI &PENENTUAN terhadap tahap MUJAHADAH para SALIK sepanjang KESEHARIAN melalui proses RIYADHAH. Mengimbangi & mempertahankan TITIK KESEDARAN merupakan CABARAN BESAR sebahagian IKHWAN kerana ia tidak semudah yang DI BAHASKAN dalam pencapaian para SUFI terdahulu.











KUNJUNGAN TOK AYAH MAT LUNDANG PAKU
AL-'ARIFBILLAH TOK AYAH MAT LUNDANG PAKU turut sama HADIR di dalam PROGRAM KHALWAH LAILATUL QADR & sama2 turut BERBUKA PUASA bersama IKHWAN sebagai memberi SOKONGAN & DOKONGAN kepada semua SALIK agar lebih BERSUNGGUH2 dalam melalui RIYADHAH sepanjang 10 HARI.

Walaupun beliau dalam keadaan UZUR sehingga terpaksa DI DUKUNG kerana tidak dapat berjalan, namun beliau tetap begitu BERSEMANGAT untuk menghadiri setiap MAJLIS yang DI ADAKAN di RAUDHAH AS-SUFFAH. Demikian sesuatu yang sangat TERKESAN untuk dilakukan MUHASABAH oleh setiap IKHWAN akan betapa GAMBARAN KESUNGGUHAN yang ditunjukkan oleh GENERASI TERDAHULU yang tidak sekadar menunggu YANG BULAT DATANG BERGOLEK YANG PIPIH DATANG MELAYANG dalam paparan MUJAHADAH. Tidak mungkin sesuatu itu di raih dengan hanya DUDUK & BERGOYANG KAKI. Jangan di lihat pada PUNCAK SINGGAHSANA mereka, tapi lihat bagaimana ia MENCAPAI PUNCAK tersebut. Tidak cukup sekadar BERANGAN kalau MALAS turun PADANG. Hidangan sudah DI DEPAN hanya saja gerakkan TANGAN untuk di suap menikmati KENYANG.

TAHNIK
Sepanjang PROGRAM berlangsung masih sempat melakukan TAHNIK terhadap putera BABA ABDULLAH (NUR FATIH AL-KALAMI) yang di lahirkan tepat pada HARI JUMAAT (NUZUL AL-QURAN). Semoga dengan KEHADIRAN CAHAYA MATA kedua buat beliau akan menjadi SINAR MAHABBAH ALLAH terhadap KELUARGANYA.




















PENUTUP
Program BERAKHIR dengan majlis BERSALAMAN sesama IKHWAN & semoga IKATAN HATI FILLAH menjadi HUJAH di akhirat sebagai MANIFESTASI CINTA kepada BAGINDA RASULULLAH Sollallahu 'alaihi wasallam.  AAMIEN.


Share this article :

0 Komentar:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TOK KUTAN - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Free Blogger Template