Rahsia "PERIBADI" :
Home » » IMBASAN 2: PERJALANAN PROGRAM QURBAH RABBANI (3)

IMBASAN 2: PERJALANAN PROGRAM QURBAH RABBANI (3)

Monday, December 31, 2012 | 0 Komentar


SEPANJANG 10 HARI berturut-turut para SALIK melalui PROSES ASIMILISI ROHANI sebagai PERTEMPURAN yang MAHA DAHSYAT dalam menewaskan keserakahan HAWA NAFSU yang selama ini BERMAHARAJA LELA dalam lipatan KEHIDUPAN. Pelbagai PENGALAMAN yang TIDAK TERGAMBAR dengan AKAL FIKIRAN & TIDAK TERUCAP dengan BAHASA PENGETAHUAN, yang pasti sangat LUAR BIASA dalam menyingkap RAHSIA di sebalik HIJAB ILAHI. Maka BENARLAH kata2 PARA SUFI bahawa "SIAPA YANG TIDAK MERASAINYA TIDAK MENGETAHUI.." Tidak CUKUP dengan hanya berkelek KITAB dalam MENGHUJAHI gelombang TSUNAMI AWLIYA' kerana PASTINYA ia hanya menjadi KATA DUSTA bila ianya tidak pernah DI ALAMI & DI NIKMATI SENDIRI.
QURBAH RABBANI (3) menuntun PARA SALIK untuk MENGEMBARA sendiri KE ALAM KESEJATIAN HAKIKI sehingga menemui DIA yang DI SIFATKAN "LEBIH DEKAT dari URAT LEHER SENDIRI..." Bukan saja MENCARI DIA lalu MENEMUI DIA malah mampu BERSAMA DIA & BERKOMUNIKASI denganNYA berkongsi SUKA DUKA sehingga dirasakan tidak lagi SENDIRIAN dalam menempuhi RANJAU KEHIDUPAN ini. Tidak ada yang LEBIH TENANG & MENDAMAIKAN melebihi KEBAHAGIAAN bersama DIA. GELAK TAWA & AIRMATA hanya DI RIBAANNYA.
Di sini AKU ingin KONGSIKAN mana-mana yang dapat di kongsikan sekadar sebahagian kecil IMBASAN SEMPOI dalam MENTERJEMAHKAN program PERKAMPUNGAN SUFI (3): QURBAH RABBANI. Hakikat RAHSIA & KEDALAMANNYA hanya yang BENAR2 MELALUINYA saja yang DAPAT MENGHAYATI.


  • Seperti biasa, Bacaan rutin KHATAM SHIRATH AL-MUSTAQIEM (SUGHRO & KUBRO) oleh para SALIK sepanjang QURBAH RABBANI (3) menjadi lantunan CINTA.
  • TAZKIYYAT UN-NAFS merupakan slot PENYUCIAN JIWA yang di tuntun khusus oleh Pengasuh. Ia dilakukan secara massal dengan tujuan untuk mengeluarkan segala KEBURUKAN & KEJAHATAN serta PENYAKIT ZAHIR & BATIN yang ada di dalam diri salik yang menjadi hijab antara dirinya dengan KHALIQ. Di dalam slot ini ramai dari kalangan salik yang tiba-tiba menjadi pening, sakit sebahagian atau seluruh tubuh, menggelupur, kepanasan, muntah-muntah, pengsan dan sebagainya kesan tindak balas dari proses berkenaan sesuai keadaan dirinya masing-masing. Tidak kurang yang menangis & meraung-raung malah pengsan lantaran impak tazkiyyat un-nafs. Ia di laksanakan secara IN-DOOR & OUT-DOOR.
  •  Seawal jam 02.30 pagi semua salik di wajibkan bangun untuk MANDI TAUBAH, SOLAT TAUBAH & seterusnya melakukan QUWWAH AT-TAUBAH di lapangan RAUDHAH. Rata-rata salik bagaikan TRAUMA dengan slot ini kerana terpaksa melalui proses yang menguji kekuatan FIZIKAL, MENTAL, EMOSI & ROHANI. Dalam proses ini, segala "KISAH SILAM" yang pernah dilalui samada secara sengaja atau tidak di adu dengan kesungguhan untuk benar-benar KEMBALI kepada jalan ALLAH. Jauh lebih DAHSYAT daripada TAZKIYYAT UN-NAFS sehingga segala KOTORAN keluar dari jalan atas & bawah. Bukan saja muntah dengan keluar kotoran hitam malah terberak-berak dalam masa yang sama. Tidak kurang yang langsung pitam & pengsan. Yang pasti setelah proses berkenaan dilalui dengan jayanya, mereka dapat merasakan perubahan mendadak pada diri mereka peribadi sama ada dari aspek kesihatan rohani malah juga jasmani.
  •  WIJDAN (TAJALLIYYAH) merupakan slot bagaimana salik di dedahkan dengan pengalaman sufistik tentang sebuah PERLAKUAN ALLAH. Salik di tuntun tentang bagaimana dituntun Allah sehingga mereka pasrah dalam perlakuan Allah. Mereka menyaksikan tubuh badannya di gerakkan Allah tanpa sedikit pun daya upayanya. Mereka menari bersama alam semesta yang turut di gerakkan Allah dalam memperhambakan diri kepadanya dengan penuh rela hati tanpa sedikitpun keterpaksaan kerana tiada daya upaya melainkan daya upaya Allah. Tiada air mata lagi yang dapat di gambarkan tentang MAHA DEKATNYA ALLAH dalam menuntun hamba-hambaNYA dengan CINTA & KASIH SAYANGNYA.
  • MUKASYAFAH merupakan slot membuka 'AIN UL-BASHIRAH sehingga mampu melihat KEGHAIBAN ILAHI dengan MATA BATIN. Ramai di kalangan salik terbuka MATA BATINNYA berawal dapat melihat CAHAYA-CAHAYA sehingga kewujudan MAKHLUK HALUS malah menembusi RAHSIA-RAHSIA ILAHI sesuai WADAH DIRI salik & KEPERCAYAAN ALLAH kepadanya dalam menanggung AMANAH RAHSIA HAKIKATNYA.
  • TAWAJJUH berawal proses PEMBANGKITAN RUH sehingga POTENSI RUHANI dalam menembusi DIMENSI ILAHI dapat dialami oleh setiap salik. Segala pengalaman merasai bagaimana para arwah bertawaf di BAIT UL-MA'MUR dapat di alami sendiri sekaligus memberikan kesan yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusiawi.
  • TAFAKKUR AHADIYYAH adalah proses PEMBANGKITAN ISMULLAH AL-A'ZHAM pada DIRI PERIBADI sehingga KEHENINGANNYA dapat dirasai LEDAKANNYA pada setiap DEGUPAN JANTUNG, DENYUTAN NADI, ALIRAN DARAH, GETARAN TUBUH ZAHIR & BATIN sekaligus MENYATU dengan ALAM SEMESTA sebagai adaptasi WAHDAT UL-WUJUD. Salik memperolehi sebuah pengalaman sufistik bagaimana menyaksikan tumbuh-tumbuhan, haiwan & seluruh alam semesta berzikir bersamanya & berselawat ke atas SAYYIDUNA RASULULLAH Shallallahu 'alaihi wasallam.
  •  Slot UZLAH mencabar KEBERANIAN setiap salik apabila tepat JAM 12 TENGAH MALAM setiap daripada mereka telah di tempatkan untuk bersendirian DI TANAH PERKUBURAN. Semalaman mereka di tinggalkan sendirian berbekal kata-kata "Jika kamu tidak MENEMUI TUHAN maka kamu akan MENEMUI HANTU..." Pelbagai pengalaman mistik dikongsi salik kerana sepanjang di sana ada yang terhidu bau harum & busuk, melihat penampakan serta didatangi makhluk ghaib dan sebagainya.
  • MUKARRAMAH adalah CABARAN KEHIDUPAN NYATA yang jauh lebih besar bagi salik berbanding UZLAH yang sekadar menghadapi gangguan makhluk halus apabila mereka di kehendaki keluar dari Raudhah & BERGURU KEPADA ALLAH. Mereka di minta melupai siapa & bagaimana mereka melainkan berbekalkan STATUS sebagai HAMBA ALLAH & KHADAM RASULULLAH Shallahu 'alaihi wasallam. Di sini mereka mendapat PENGAJARAN yang BESAR daripada ALLAH tentang ILMU & PENGALAMAN yang tidak mereka perolehi di kitab-kitab. Pelbagai watak yang di bawa. Ada yang bagaikan orang gila yang mengutip sampah di jalanan, si pengemis yang berjalan tanpa arah tujuan serta pelbagai karenah sesuai kehendak & gerak Ilahi.
      >>> SILA KLIK  untuk kembali MAJLIS PERASMIAN : QURBAH RABBANI>>>
    >>> SILA KLIK untuk lanjutan MAJLIS PENUTUP QURBAH RABBANI >>>

      Share this article :

      0 Komentar:

      Post a Comment

       
      Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
      Copyright © 2011. TOK KUTAN - All Rights Reserved
      Template Modify by Creating Website
      Proudly powered by Free Blogger Template