Rahsia "PERIBADI" :
Home » » HIDUP DALAM KETENANGAN; TENANG DALAM KEHIDUPAN

HIDUP DALAM KETENANGAN; TENANG DALAM KEHIDUPAN

Thursday, May 9, 2013 | 1Komentar

Semua MANUSIA mencari KETENANGAN dalam HIDUP. Tanpa KETENANGAN Hilang KEDAMAIAN, Hilang KEDAMAIAN Tiada KEBAHAGIAAN. Untuk menggenggam KETENANGAN, manusia SANGGUP melakukan apa saja agar JIWA SENANG. Ada yang MENCARINYA di PUSAT2 HIBURAN & ada pula yang MENCARINYA di ISTANA2 TUHAN. Matlamatnya hanyalah SATU iaitu meraih KEBAHAGIAAN.

KETENANGAN adalah PERMULAAN dalam mengangkat DERAJAT MANUSIA menjadi KHALIFAH ALAM, lantaran KETENANGAN adalah KARAKTER PEMIMPIN yang berjiwa MATANG. Di Saat JIWA TENANG, mereka tidak lagi kenal TAKUT atau BIMBANG. Segala HUKUMAN di Adili dengan SEIMBANG, Tidak Terburu NAFSU AMMARAH di Hadapan. Apa jua GONCANGAN mereka menghadapinya dengan MENANG. Mereka tidak MELATAH bila DI TENTANG atau MERATAH bila DI TATANG. Wajahnya PENUH KEDAMAIAN tanpa BEBANAN, Senyumannya MENYEJUKKAN HATI siapapun yang MEMANDANG.

QURAN menggulung FIRMAN hanya dengan MENGINGATI TUHAN Jiwa menjadi TENANG. HADIS menyimpan SABDA hanya memperbanyakkan ZIKIR hati yang KERUH menjadi DAMAI. Anehnya, daku MENEMUI ramai para PENGEMBARA ROHANI dari pelbagai latar belakang JALAN KEROHANIAN yang mengadu JIWANYA tidak pernah TENANG sedangkan ZIKIRNYA beribu2 HITUNGAN yang menjadi rutin HARIAN. Di manakah SILAPNYA & Apakah SALAHNYA? Semakin DILAKUKAN semakin TIDAK KERUAN. Malah HAWA NAFSU semakin BERMAHARAJA LELA menuntut HABUAN. Sikap BADAN melebihi HAIWAN & Sifat HATI melebihi SYAITAN. Sudah BERTAHUN2 MUJAHADAH hasilnya KERING KONTANG. Akhirnya MENGELUH di TANGGA TUHAN berputus asa dengan JALAN PULANG.

Padaku PERIBADI Apapun JALAN KEROHANIAN tidak pernah PINCANG. Ia punyai DISIPLIN TERSENDIRI menggarap AMALAN. Melaluinya BERJUTA2 mereka yang telah SAMPAI, hanya jika SEORANG yang KECUNDANG bukan salah TALI KEKANG. Kembali MUHASABAH KAIFIYAH AMALAN. Apakah ia BENAR menepati RUKUN & SYARAT sebagai PEDOMAN? IBADAH bukan sekadar ASAL BUAT umpama MELEPAS BATUK DI TANGGA DI Rumah USANG. Harus dengan BENAR & TEPAT tidak umpama MENUANG AIR di CAWAN KEBOCORAN. Sekalipun SELAUTAN AIR di isi ULANG tidak akan pernah menjadi KOLAM.

Ramai yang MENDAKWA mereka LAYAK meraih “KESAN” hanya SEHARI DUA amal WIRIDAN. Sikit MUJAHADAH di awal malam sudah MENDABIK DADA menuntut GANJARAN. Seolah TUHAN tidak tahu BILA & kepada SIAPA harus DIA berikan KEPERCAYAAN. Jika demikian AKHLAK “PEDAGANG” memang WAJAR tidak mendapat HABUAN. Sedikit menadah SABAR banyak menuang BURUK SANGKA pada TUHAN. Manakah mungkin demikian beroleh SELENDANG KEMULIAAN. Orang2 dulu PULUHAN TAHUN merintih IBADAH di LAMAN TUHAN tanpa seinci berganjak SIMPATI sehingga AL-HAQ membuka JENDELA menjenguk WAJAH menampakkan KESEMPURNAAN. Demikianlah TRADISI DISIPLIN para SUFI sehingga LAYAK beroleh PINGAT KEHAMBAAN. Tidak SEKADAR rajin menghafal HADIS-QURAN untuk BERHUJAH mencari MENANG. Rohani SAKIT penuh KUMAN berlagak WALI SUCI minta DI KULTUS semua orang.

Padaku MUDAH untuk ku SANDARKAN segala KEPINCANGAN. Berawal Di dalam SOLAT Apakah sudah kita beroleh KETENANGAN? Atau masih lagi TERGESA2 beroleh PENAT LELAH sebagai KESUDAHAN? Saat AZAN berkumandang bukan MEREMANG menerima PANGGILAN TUHAN, sebaliknya terasa JENUH menguap BOSAN. Jika demikian Adab MENJUNJUNG TITAH pada MAHA SULTHAN, bererti di situlah PUNCA KEMURKAAN. Sehingga SOLAT yang MULIA dikurniakan sebagai BUAH HATI dari TUHAN di kembalikan hamba sebagai RACUN mengguris HATI TUAN. Amal yang BAIK pada DASARNYA dikerjakan TANPA AMANAH menjadi KEMUNGKARAN. Dahi HITAM di TUAM konon untuk DIPERLIHAT orang sebagai ABID yang banyak SUJUD pada TUHAN. Tapi WAJAH KELAM HATI SURAM kerana Di Sisi TUHAN di anggap PETUALANG.

Ramai yang Ku PERHATIKAN untuk Ku INSAFI, Para PENGEMBARA ROHANI melaksanakan SOLAT sekadar melepas TANGGUNGJAWAB TUHAN. Lebih PARAH Hanya semata2 kerana mengejar WIRID THARIQAH yang menjadi RUTIN AMALAN, akhirnya SOLAT diperlakukan ALA KADAR sebagai IBADAH SAMPINGAN. SOLAT DI SUDAHKAN mengikut NAFSU HAIWANI bukan DI SEMPURNAKAN sejajar ROHANI INSANI. Dilaksanakan LINTANG PUKANG bagai di kejar ANGIN TAUFAN. Sedangkan SOLAT adalah pintu segala IBADAH melebihi WIRIDAN. Bila SOLAT dilakukan TANPA BERTUAN, itu petanda DITOLAK TUHAN semua AMALAN. Maka sudah tentu semua PINTU IBADAH TERTUTUP Hijab ZHULMAH tidak lagi DISINGKAPKAN. Maka wajar SOLAT di dirikan tapi HATI tetap juga TIDAK TENANG. Apa lagi untuk MENCEGAH perkara KEJI & MUNKAR semua itu menjadi HALANGAN. Jauh sama sekali mengecap BAHAGIA menikmati MAHABBAH di dalam QURBAH TUHAN.

SEMPURNAKANLAH SOLAT sehingga MINIMA beroleh KETENANGAN. Maka itu ISYARAT permulaan terbukanya GERBANG ‘IRFAN. Sering ku INGATKAN tentang THARIQAH SOLAT… “SESIAPA YANG TIDAK MA’RIFAH ALLAH DI DALAM SOLAT MAKA IA TIDAK MA’RIFAH ALLAH DI LUAR SOLAT.” Jika demikian BERATUS JUTA amal WIRIDAN di kerjakan, ROHANI tetap TERHIJAB oleh SOLAT yg CACAT dalam PENGABDIAN. Kesudahannya…
Tiada KETENANGAN…
Tiada KEDAMAIAN…
Tiada KEBAHAGIAAN…
PETANDA Tiada MAHABBAH NABI & MA’RIFAH TUHAN.
Share this article :

1 Komentar:

  1. Salam MAHABBAH,
    Ketenangan BersamaMU YAA RABB

    ReplyDelete

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TOK KUTAN - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Free Blogger Template