Ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU beriring DOA KEBERKATAN buat ADINDA SULTAN KELANTAN DARUL NAIM; YANG AMAT MULIA TENGKU AMALIN A'ISHAH PUTRI PETRA (29) atas pernikahannya dengan ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI DARUS SALAM; YANG AMAT MULIA PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI (39). Setelah DIIJABKABULKAN, pasangan ini telah DISANDINGKAN dengan GILANG-GEMILANG mengikut ADAT ISTIADAT KELUARGA DI RAJA pada 19 SYA'ABAN 1434H / 28 JUN 2013 (JUMAAT) di DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ISMAIL PETRA, ISTANA MAHKOTA KUBANG KERIAN. Kedua MEMPELAI memakai PERSALINAN HIJAU LEMBUT dalam meraikan HARI BERSEJARAH tersebut dengan dihadiri para tetamu DALAM & LUAR NEGARA.
Sekalung PENGHARGAAN buat PUTERA2 AS-SUFFAH yang telah diberi PENGHORMATAN dalam UNDANGAN pihak ISTANA untuk MEMBERKATI sepanjang MAJLIS PERKAHWINAN DIRAJA dengan ALUNAN2 SELAWAT sebagai SIRAMAN SYAFA'AT JUNJUNGAN AGUNG NABI MUHAMMAD Sallallahu 'alaihi waSallam. Semoga KALIAN duhai PUTERA2 AS-SUFFAH;
Semakin MATANG dalam memahami & menghayati PERJUANGAN ini betapa setiap daripada KALIAN berperanan MENYEMARAKKAN seluruh ALAM SEMESTA ini dengan SEMARAK SELAWAT buat JUNJUNGAN AGUNG NABI MUHAMMAD Sallallahu 'alaihi waSallam. Sudah menjadi tugas KALIAN-lah memaparkan WAJAH MULIA NABI Sallallahu 'alaihi waSallam dengan paparan SALAM ke atas BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam walau di manapun KALIAN berada sama ada DI DARATAN atau LAUTAN, DI KOTA atau DESA, DI MASJID atau ISTANA... pastikan KALIAN tetap dengan AMANAH KALIAN sebagai KHADAM NABI Sallallahu 'alaihi waSallam.
perjuangan MENGIBARKAN BENDERA TAUHID tidak semudah KOMIK yang engkau BACA dalam KETAWA. Ia memerlukan PENGORBANAN yang BESAR melebihi SEGALA. Tanpa PENGORBANAN ia sama sekali tidak akan MEMBAWAMU ke DESTINASI RAHSIA. Sesungguhnya orang2 TERDAHULU, mereka BERJAYA lantaran kerana mereka telah KORBANKAN segala HARTA, TENAGA, MASA malah NYAWA untuk KEGEMILANGAN AGAMA TERCINTA. Itulah HARGA bagi sebuah REDHA.
Untuk HIDUP dalam KEHIDUPAN PERJUANGAN ini, TANAMKANLAH DIRIMU DI DALAM BUMI YANG TERBUNYI. Sentiasa SEDARKAN dirimu bahawa engkau bukanlah SESIAPA untuk DI MULIAKAN di sini. RASAKAN betapa HINANYA dirimu menjalani KEHIDUPAN ini dengan KEHINAAN yang MELEBIHI dari seekor ANJING & BABI. Tiada tempat KEMULIAAN yang dapat kau SANDARKAN pada dirimu melainkan hanyalah KUSTA DOSA yang tidak LAYAK DIHORMATI. Maka JANGANLAH pernah kau HARAPKAN untuk DI MULIAKAN tetapi engkaulah yang MEMULIAKAN seluruh UMAT NABI Sallallahu 'alaihi waSallam. JANGAN pernah kau HARAPKAN untuk DI HORMATI tetapi engkaulah yang MENGHORMATI seluruh BANI ADAM 'Alaihis Salam. Dengan demikian engkau tidak akan TERSINGGUNG di saat engkau tidak DI LAYANI di mana2 sekalipun yang engkau KUNJUNGI kerana LAYAKNYA dirimu HANYALAH seorang HAMBA yang telah DIJUAL untuk MENGABDI kepada ILAHI.
ISLAM itu DATANG dalam keadaan ASING & akan KEMBALI dalam keadaan ASING. Maka tidak HAIRANLAH jika KEBAIKAN yang engkau LAKUKAN akan di balas KEBURUKAN oleh manusia. KEBAJIKAN yang engkau LAKSANAKAN akan di fitnah KEJAHATAN oleh mereka. Itu hanyalah DEBU dari DEBU2 kegetiran yang dilalui oleh SAHABAT2 NABI Sallallahu 'alaihi waSallam untuk meraih QALBUN SALIM. Semua ini sangat PANTAS untuk kau UKURKAN dalam MUHASABAHMU dari apa yang mereka pernah GADAIKAN dari DARAH & NYAWA semata2 untuk menegakkan KALIMAH TAUHID di PUNCAK DUNIA. Untuk itu JANGANLAH SEKALI2 engkau mencari PENGIKTIRAFAN DUNIAWI atas URUSAN UKHRAWI. ELWAL AGAMA tidak memerlukan PENGIKTIRAFAN sesiapa tetapi membutuhkan KEIKHLASAN jiwa. Itulah CERMIN ALLAH untuk melihat TEKAD MUJAHADAHMU.
Terus-menerus lakukan KEBAIKAN demi KEBAIKAN kepada UMAT NABI Sallallahu 'alaihi waSallam tanpa MENGUTIP HARGA dari PELUH TENAGA semata2 demi menagih CINTA dalam HADHRAT BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam. Sesungguhnya BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam TERLALU sangat MENCINTAI UMATNYA. Maka jangan sampai PERLAKUAN & LAYANANMU terhadap BUAH HATINYA itu mengguris PERASAAN BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam. Bukankah KALIAN telah MAKLUM bahawa TIDAK ADA yang lebih DICINTAI oleh BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam melainkan UMATNYA. Maka CINTAILAH mereka sebagaimana BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam MENCINTAINYA. Dengan demikianlah KALIAN dapat MENGHIBURKAN BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam. Atau apakah KALIAN fikir BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam GEMBIRA dengan PERPECAHAN & PERBALAHAN UMATNYA hari ini? Tentu sekali BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam MENANGISI atas KEBODOHAN kita yang HALOBA dengan KEEGOAN DUNIAWI hanya kerana KEPENTINGAN PERIBADI atau PARTI POLITIK dan sebagainya kita sanggup BERBALAH & BERMUSUHAN sesama SAUDARA sendiri. INGATLAH, Sesiapa yang MENYAKITI UMAT NABI Sallallahu 'alaihi waSallam dengan apapun CARA bererti ia telah MENYAKITI BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam. Maka ini harus kau PEKA & HATI2 agar KEBIADABANMU terhadap sesama UMAT NABI Sallallahu 'alaihi waSallam tidak sampai MELAMPAUI BATAS KEMURKAAN ILAHI.
DIDIKLAH hati KALIAN... Jika terdapat apa2 KESALAHAN yang engkau telah LAKUKAN terhadap UMAT NABI Sallallahu 'alaihi waSallam, maka BERSEGERALAH merendahkan DIRI memohon AMPUN & MAAF atas KETERLANJURANMU dengannya samada yang DI SENGAJAKAN mahupun yang TIDAK DI SENGAJAKAN. Begitu pula, apa2 SALAH & SILAP mereka, BERSEGERALAH juga MEMAAFKAN mereka walau mereka tidak pernah DATANG kepadamu apa lagi mengucap MAAF denganmu. Apa RUGIMU menjadi seorang DERMAWAN yang PEMURAH dengan KEMAAFAN? Kamu hanya DITUNTUT sekadar MENGORBANKAN sebuah KEEGOAN untuk MEMOHON MAAF & MEMBERI KEMAAFAN. Lakukan SEMUA ini TIDAK LAIN demi BAGINDA Sallallahu 'alaihi waSallam.
Duhai PUTERA2 AS-SUFFAH,
Ingatlah WASIATKU ini buat KALIAN, HIBURKANLAH HATI NABI Sallallahu 'alaihi waSallam. AKRABKANLAH UKHUWWAH ISLAMIYYAH dengan JALAN PENYATUAN & PERPADUAN sesama ADIK-BERADIK SEUMMAH. Dalam banyak PERBEZAAN carilah PERSAMAAN. Dengan demikian tidak akan MENIMBULKAN PRASANGKA & KERAGUAN sesama. GEMBIRAKANLAH HATI NABI Sallallahu 'alaihi waSallam dengan JALAN BERKHIDMAT & melakukan KEBAIKAN kepada seluruh UMATNYA. Lakukanlah SEBANYAK2NYA tanpa DIHITUNG oleh dirimu & DIKETAHUI oleh mereka bahawa KEBAIKAN itu sebenarnya daripadamu. Lakukan dalam DIAM & SEMBUNYI Kerana NIATMU hanyalah SATU...
MELIHAT SENYUMAN PADA WAJAH KEKASIH YANG DI RINDUI,
SAYYIDINA MURSYID AL-KAMIL Sallallahu 'alaihi waSallam.
"SAYYIDI YAA RASUL ALLAH...
TERIMALAH KAMI DALAM BAKTI KAMI BUAT TUAN,
SEBATAS KHIDMAT KAMI UNTUK UMAT KECINTAAN TUAN,
AGAR TERUS-MENERUSLAH KAMI HIDUP DI DALAM PERJUANGAN YANG BERNAFASKAN PERSAUDARAAN & KASIH SAYANG,
UNTUK MENYAMBUNG LANGKAH2 SUCI DARI KERINGAT TUAN,
DALAM MENYATUKAN SELURUH UMAT DENGAN SATU AQIDAH,
SEHINGGA DENGANNYA KAMI DI REDHAI ALLAH DALAM MENERIMA PERCIKAN MAHABBAH & MA'RIFAHNYA YANG SEMPURNA."
0 Komentar:
Post a Comment