أصحاب الراية السود
ANGKATAN PANJI HITAM
...SUFISM MARTIAL ARTS ACADEMY (SMAC)
TARIKH :
07 - 09 SAFAR 1434H
(21HB - 23HB DISEMBER 2012M)
3 HARI 2 MALAM (JUMAAT - AHAD)
KERJASAMA :
PEJABAT BELIA & SUKAN TUMPAT, KELANTAN - MALAYSIA.
PERTUBUHAN EKSPLORASI TEKNOLOGI ROHANI (EXTRO) MALAYSIA
SILIBUS SMAC:
SUFI RYU NINJUTSU
(Seni Beladiri Ninja Aliran Sufi)
GERAK GEMPUR :
SENI OLAH TEMPUR
SENI TEMPUR TANPA SENJATA
SENI TEMPUR BERSENJATA
SENI TEMPUR TAKTIKAL
LAPOR DIRI & GERAK GEMPUR :
LAPOR DIRI di buka seawal SOLAT SUBUH pada HARI JUMAAT (07 Safar 1434H) Di RAUDHAH AS-SUFFAH. Setelah SOLAT SUBUH BERJEMAAH, setiap IKHWAN turut sama-sama membaca HIZB UL-JIHAD yang merupakan HIMPUNAN AWRAD yang KHUSUS untuk meraih PERTOLONGAN & KEMENANGAN dalam PERJUANGAN terhadap MUSUH-MUSUH ZAHIR & BATIN.
Seterusnya berawal 07.30 pagi, GERAK GEMPUR (1) di mulakan dengan melibatkan SENI OLAH TEMPUR. Dalam LATIHAN ini, para IKHWAN di dedahkan dengan kaedah pernafasan & pembangkitan TENAGA DALAM sebagai MEMBUKA POTENSI TERSEMBUNYI.
Seterusnya GERAK GEMPUR (2) diteruskan dengan pendedahan SENI TEMPUR TAKTIKAL di mana para IKHWAN di ajar beberapa keilmuan seperti UKEMI, ARUKI, SUI REN dan sebagainya yang merupakan ILMU-ILMU PARA NINJA yang di gunakan untuk tujuan GERAKAN TANPA BUNYI, PENYUSUPAN, PENYAMARAN, GERAKAN DALAM AIR serta beberapa teknik KHAS yang UNIK.
Latihan dilanjutkan dengan GERAK GEMPUR (3) yang berhubung SENI TEMPUR BERSENJATA. Para IKHWAN diberi pendedahan berhubung SENI PEDANG SAMURAI dengan APLIKASI JURUS 5, JURUS 6 & JURUS 2 dengan FALSAFAH SUFISTIK yang tersendiri.
Setelah itu dalam GERAK GEMPUR (4), mereka di ajarkan SENI TEMPUR TANPA SENJATA dengan pendekatan FREE STYLE FIGHTING dengan DISIPLIN ILMU BELADIRI TOMOI atau MUAY THAI. Tidak ketinggalan dengan beberapa gerakan Rahsia Ilmu pertempuran terbuka ala-komando.
PERASMIAN :
Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Abdul Qadir @ Musa al-Kalantani selaku PENASIHAT telah di jemput bagi MERASMIKAN KEM KOMBAT (4) ANGKATAN PANJI HITAM.
Di dalam TAUSIYYAHnya, beliau memberi WASIAT-WASIAT yang sangat berharga sebagai dorongan & semangat kepada para IKHWAN untuk bangkit BERLATIH ATAS NAMA ALLAH & RASUL. Suntikan kata beliau sekaligus memberi cabaran kepada IKHWAN untuk menggandang AMANAH memikul Tanggungjawab dalam mempertahankan KEDAULATAN AGAMA, BANGSA & NEGARA.
"BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT"
Al-Fadhil Tuan Guru di beri PERSALINAN ASHAAB AR-RAAYAT AS-SUUD sekaligus membangkitkan Semarak LAUNGAN TAKBIRNYA yang disahut pula TAKBIR oleh seluruh IKHWAN bergegar memenuhi ALAM SEMESTA.
Sebelum Al-Fadhil Tuan Guru meninggalkan RAUDHAH, para IKHWAN telah membuat persembahan BELADIRI di hadapan beliau sebagai EKSPRESI SENI dalam menzahirkan kesanggupan MENJUNJUNG AMANAH ALLAH & RASUL.
"TAAT SETIA KAMI MENJUNJUNG TITAH SULTAN
SEBAGAI TONGGAK AGAMA, BANGSA & NEGARA"
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
0 Komentar:
Post a Comment