Rahsia "PERIBADI" :
Home » » IMBASAN: FITRAH INSANI 1434H

IMBASAN: FITRAH INSANI 1434H

Tuesday, September 10, 2013 | 0 Komentar

FITRAH INSANI
...Menguak Tabir Ilahi...
24 - 29 SYAWAL 1434H.

TAKLIMAT


Sebagaimana biasa di setiap PERMULAAN PROGRAM, TAKLIMAT diberikan sebagai PERSIAPAN AWAL untuk SALIK menjalani RIYADHAH MURAQABAH. Adalah PENTING melakukan AMALAN dengan BENAR & TEPAT agar ia memenuhi PIAWAIAN SPIRITUAL kerana melakukan SESUATU lebih2 lagi dalam aspek KEROHANIAN bukan sekadar TAHU tapi ARIF dalam MEMAKNAINYA. Jika tidak ia umpama orang yang BEKERJA KERAS siang & malam tapi HASILNYA TIADA. Perkara itu TAK UBAH umpama melakukan perkara yang SIA2.

PEMBAHAGIAN USRAH


Sebahagian IKHWAN sedang membahagi & mengenal pasti USRAH masing2 bagi memudahkan KELANCARAN segala PROSES RIYADHAH sepanjang FITRAH INSANI berlangsung. Dengan demikian setiap orang akan lebih BERTANGGUNGJAWAB bukan sekadar terhadap diri peribadinya semata2 malah juga AHLI USRAHNYA yang lain. Gambaran betapa penting sesuatu HARAKAH itu bergerak secara BERJEMA'AH bagi mencapai MATLAMAT dalam PERJUANGAN.

RIYADHAH MURAQABAH


FITRAH INSANI pada dasarnya di bina sebagai USAHA melakukan PUASA SUNNAH 6 SYAWWAL. Kerana itu PROGRAM ini mengambil WAKTU selama 6 HARI berturut2 bagi memenuhi KRITERIA tersebut. Dengan USAHA melakukan PUASA 6 secara BERJEMA'AH akan lebih memberikan DORONGAN & KESERONOKAN dalam BERAMAL khususnya bagi MUBTADI iaitu mereka yang baru sedang BERJINAK2 untuk memasuki ALAM MUJAHADAH. 


Secara PENGISIAN, ia menerapkan MURAQABAH sebagai MODUL INTENSIF KEROHANIAN khusus dalam MELATIH para IKHWAN membuka 'AINUL BASHIRAH iaitu HIJAB MATA HATINYA agar sentiasa dapat MEMANDANG ALLAH dalam seluruh KEHIDUPANNYA samada ZAHIR mahupun BATIN. Dengan demikian mereka akan dapat merasakan KEHADIRAN ALLAH dalam MEMBIMBING & MENOLONG dirinya pada seluruh KEHIDUPAN. Mereka tidak lagi merasa TERASING sendirian di saat mereka melalui CABARAN KEHIDUPAN sebaliknya akan sentiasa TENANG & YAKIN akan KEDEKATAN ALLAH yang sentiasa MENUNTUN tangannya di saat JATUH & BANGUNNYA. JIWA mereka sentiasa TENANG & SENANG lantaran mereka HIDUP BERSAMA ALLAH.

IJAZAH AMALAN KHUSUS (TERTUTUP)


LAZIMNYA dalam setiap PROGRAM yang DIANJURKAN seringkali DI RACIK dengan dasar KETERBUKAAN kepada PENYERTAAANNYA. IKHWAN akan dapat memilih untuk terlibat secara SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA sesuai dengan KESANGGUPAN masing2. Ini kerana mengambil kira sebahagian besar di kalangan mereka BEKERJA, maka untuk tidak mahu mereka TERCICIR dalam TARBIYAH ROHANI dalam masa yang sama akhirnya RUANG penyertaan DI RINGANKAN untuk golongan tersebut tanpa perlu mereka mengambil CUTI KERJA. Tinggal lagi KEMAHUAN agar tidak terjebak dengan ALASAN & KEMALASAN.

Bagi mereka yang TERLIBAT SEPENUH MASA telah DIIJAZAHKAN  ILMU yang KHUSUS sesuai dari KESANGGUPAN & KESUNGGUHAN mereka BERKORBAN dalam RIYADHAH tersebut. Semoga ia memberikan MANFAAT yang BESAR buat mereka. Aamien. 

MUSYAWARAH UZLAH


Kemuncak FITRAH INSANI, para IKHWAN akan di bawa ke sebuah DESTINASI yang pada awalnya sengaja DIRAHSIAKAN. KUNJUNGAN itu akan menjadi KAYU PENGUKUR untuk menilai sejauh mana PENCAPAIAN KEROHANIAN mereka dalam RIYADAH MURAQABAH kerana SEJATINYA KERIS yang DI SEPUH harus DI UJI untuk di ketahui sejauh mana KETAHANAN & KEHEBATAN pada nilai SENI & HIKMAHNYA. Para IKHWAN dilihat sedang berbincang bersama SETIAUSAHA & BENDAHARI beserta JAWATANKUASA bagi segala PERSIAPAN.

TIBA DESTINASI


Petang ASAR hari KHAMIS para IKHWAN berangkat menuju DESTINASI. Lokasi kali ini bertempat DI JERAM PASU, PASIR PUTEH, KELANTAN sekaligus mengimbau sejarah PAHLAWAN MELAYU dalam menentang PENJAJAH BRITISH iaitu "TOK JANGGUT." Semoga PERJUANGAN beliau akan sentiasa memberi KESEDARAN buat kita semua betapa PENTING untuk sentiasa BERSIAP-SEDIA menghadapi MUSUH2 yang tidak pernah BERDIAM DIRI untuk menghancurkan AGAMA, BANGSA & TANAH AIR kita. (AL-FATIHAH BUAT AL-MARHUM).

Harus DIKETAHUI & WASPADA...Sebesar2 MUSUH adalah SYAITAN yang MENJAJAH HAWA NAFSU kita. Maka kerana itulah WAJIB kita BERMUJAHADAH agar tidak TEWAS dalam TAKLUKAN tentera2 IBLIS LAKNATULLAH. 

PERSIAPAN MARKAS


Perkara PERTAMA yang dilakukan oleh IKHWAN di saat tiba ialah BERGOTONG-ROYONG membersih & mempersiapkan tempat sebagai MARKAS sementara bagi mengisi ATURCARA sepanjang di sana.

MELATIH STAMINA

Memandangkan STAMINA sangat PENTING sebelum MENDAKI BUKIT untuk BERUZLAH, sebahagian IKHWAN giat berusaha keras untuk meningkatkan POTENSI FIZIKAL, MENTAL & EMOSI ke tahap paling MAKSIMA sebagai persiapan bagi wadah SPIRITUAL. Latihan2 sebegini tidak mampu dilakukan oleh semua orang melainkan hanya orang yang benar2 memiliki BAKAT SEMULAJADI yang TERPENDAM. Foto2 ini menunjukkan antara AKSI2 CEMAS yang MENDEBARKAN sepanjang LATIHAN mereka & SYUKURLAH tidak ada sebarang KECEDERAAN. PERINGATAN!!! AKSI INI TIDAK BOLEH DI TIRU MELAINKAN OLEH ORANG2 YANG TERLATIH DI KHUATIRI MENDATANGKAN MARABAHAYA. ~SANTAIIII...

MAJLIS BERBUKA PUASA


Hari KHAMIS merupakan HARI TERAKHIR puasa ENAM bagi FITRAH INSANI. Para IKHWAN kelihatan saling MEMBANTU dalam membuat PERSIAPAN untuk juadah BERBUKA PUASA.  

Makan di dalam TALAM lebih MENGERATKAN lagi UKHUWWAH antara sesama IKHWAN. Malah lebih "BERSEMANGAT" lagi makannya sehingga berkali2 TAMBAH NASI. MUJAHADAH dalam bab MAKAN ni memang LUAR BIASA betul. Katanya KENA PADA SELERA.   

SOLAT MAGHRIB BERJEMA'AH



Setelah MENIKMATI juadah BERBUKA PUASA, para IKHWAN turut sama2 menunaikan SOLAT MAGHRIB BERJEMA'AH.



TAZKIRAH


RUANG ISTIREHAT berlalu sehingga JAM 10.30 malam sehingga sebahagian mereka masih sempat MANDI-MANDA kat JERAM. Sejuk2 pun REDAH sajalah kata mereka kerana bukan selalu dapat peluang DATANG ke sana. "Ya jugak lah tu ALASANNYA bila TIME main..." Apapun setelah itu mereka di hidangkan pula dengan TAZKIRAH sekaligus beberapa PENJELASAN tentang KAIFIYAH UZLAH yang bakal mereka lalui pada MALAM tersebut.

PENDAKIAN UZLAH


Jam menunjukkan hampir 12 TENGAH MALAM. Semua IKHWAN mula bergerak mendaki BUKIT & meredah BELANTARA untuk di tinggalkan sendirian dalam menyempurnakan MURAQABAH. Berpeluh macam MANDI bila perjalanan melalui CERUN2 BUKIT sehinggalah seorang demi seorang DI TEMPATKAN di lokasi yang dikenal pasti untuk diri masing2. Malam akhir SYAWWAL tentunya bergelap kerana bulan tidak ada. Maka cabaran untuk "MELIHAT ALLAH" akan lebih terasa bila turut kedengaran sambutan anjing yang menyalak sayu di dalam SELIMUT MALAM. "TENGAH MALAM JUMAAT DI DALAM DI HUTAN BELANTARA JUMAAT....... MACAM2 HANTU KELUAR PICNIC. SIAPPPPPP!!!!" 


UZLAH


UZLAH dengan pengisian MURAQABAH bermula JAM 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi. Mereka selalu di ingatkan dengan kata2...
"Jika kamu MELIHAT MAKHLUK, ALLAH HILANG & Jika kamu MELIHAT ALLAH, MAKHLUK HILANG..."
Selami KEDALAMAN DIRI kerana di situ akan di temui RAHSIA INSAN yang menjadi BAITULLAH. Mereka diingatkan lagi bahawa...
"Siapapun LIHAT ALLAH...
Apapun LIHAT ALLAH...
Di Manapun LIHAT ALLAH...
Bagaimanapun LIHAT ALLAH...
Bilapun LIHAT ALLAH...
DIALAH YANG AWAL & YANG AKHIR, YANG ZAHIR & YANG BATIN....
DIA MELIPUTI SEGALA SESUATU...
DIA LEBIH DEKAT DARI URAT LEHERMU SENDIRI..."

"Ketahuilah sesungguhnya WALI ALLAH itu TIADA TAKUT & TIADA DUKACITA..." (QS. Yunus: 62)

PENUTUP

Program BERAKHIR menjelang SUBUH. Semoga ia menjadi AMAL YANG SOLEH di sisi ALLAH serta SELAWAT & SALAM buat RASULILLAH Sollallahu 'alaihi wasallam. Aamien. 

"YA ALLAH, BANTULAH DAKU UNTUK MENGINGATIMU, MENSYUKURIMU & BERIBADAH SEBAIK2NYA KEPADAMU..."
Share this article :

0 Komentar:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TOK KUTAN - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Free Blogger Template