Rahsia "PERIBADI" :
Home » » Program AKAN DATANG!!! PERKAMPUNGAN SUFI : QURBAH RABBANI (4) 1435H

Program AKAN DATANG!!! PERKAMPUNGAN SUFI : QURBAH RABBANI (4) 1435H

Saturday, September 7, 2013 | 0 Komentar

PERKAMPUNGAN SUFI : MA’AL HIJRAH 1435H…

قربة الرباي

QURBAH RABBANI (4)
…EKSPLORASI SAINS & TEKNOLOGI SUFISTIK (EXTRO)
“MUJAHADAH & MUSYAHADAH”

TARIKH : 
18 – 27 MUHARRAM 1435H (10 HARI)
Bersamaan 21 – 30 NOV 2013M 
(Bermula Hari RABU malam KHAMIS)

TEMPAT : 
RAUDHAH AS-SUFFAH

MUQADDIMAH
Kita didedahkan dengan DUNIA SUFI dari perspektif yang jauh menyimpang dari PRINSIP & FALSAFAH SUFISTIK. Umpama melihat & menjamah durian pada kulitnya & bukan mengopek serta mengecapi pada isinya. Sewaktu mereka bercakap tentang LAUTAN, kita menterjemahkannya dengan DARATAN. Akhirnya menjerumuskan kita kepada FITNAH & SALAH FAHAM yang memabukkan & tidak berkesudahan.

Setiap sesuatu punyai BAHASAnya yang tersendiri untuk dipelajari. Bahasa adalah sifat interaksi untuk saling memahami. Tanpa bahasa maka tidak ada kefahaman untuk menjadi pengetahuan. “BAHASA JIWA BANGSA” demikian kata pepatah. Ilmu agama, ilmu sains, ilmu teknologi, ilmu kedoktoran, ilmu kejuruteraan dsb semuanya punyai tata bahasa yang tersendiri yang sulit dimengertikan apa lagi diterjemahkan dengan akal-akalan kecuali oleh AHLINYA.

Oleh itu Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan
jika kamu tidak mengetahui. (QS. AN NAHL: 43)

BANGSA SUFI berinteraksi dengan SENI BAHASA DZOUQIAH. Yang memahaminya hanyalah MAJZUB. Harus terlebih dahulu memasuki WILAYAH mereka, BERSUHBAH dengan ahli2nya, barulah KITAB KERAHSIAANNYA akan dapat DIMAKNAI dengan sebenar-benar PEMAKNAAN. Bukan sekadar andaian yang terkadang betul & terkadang salah malah banyak yang salah apabila kaki sang penterjemah belum pun lagi menjejaki tanah suci DAERAH TERPENCIL para AHLILLAH. Segala karyanya yang tersurat & tersirat satu persatu terhidang dengan mudah & tepat setelah bersama-sama mereka di dalam majlis MUSYAHADAH.



Program QURBAH RABBANI yang menjadi agenda tahunan RAUDHAH AS-SUFFAH cuba menjemput kita untuk menjejaki & mengembara ke ALAM TRANSENDENTAL ROHANI bagi mendalami SENI BAHASA SUFI sebagai TATA BAHASA WAHYU yang bersifat SEJAGAT. Dengan demikian akan MENGHANTARKAN kita kepada KEDEKATAN & KESEDARAN ILAHI bertepatan dengan PRINSIP IHSAN iaitu “Melihat ALLAH” atau “Dilihat ALLAH.”

PENGISIAN:
1) QUWWAH AT-TAUBAH
2) TAFAKKUR AHADIYYAH
3) MUKASYAFAH
4) MUSYAHADAH - SOLAT DAIM
5) WIJDAN TAJALLIYAH
6) MURAQABAH
7) KHATAM SIRATH AL-MUSTAQIEM (SUGHRO & KUBRO)
8) TIS'ATUL ARWAH (RAHSIA 9 RUH) 
9) TAZKIYYAH AN-NAFS 
10) KEMBARA SUFI
11) UZLAH 
12) MUNAJAT & MUHASABAH dll 




PERHATIAN!!!


Program ini HARAM bagi mereka yg sekadar ingin mencuba-cuba / menguji-nguji / main-main / ikut-ikutan dsb.


Program ini GAGAL bagi mereka yg tidak mengikutinya sesuai PETUNJUK yang diberikan.


Program ini SIA-SIA bagi mereka mengikutinya dengan TERPAKSA tanpa ada KERELAAN HATI & KEPASRAHAN.

Program ini TIDAK DIBENARKAN bagi mereka yang merasa Dirinya termasuk dalam golongan  BIJAK PANDAI / SERBA TAHU dsb.

PROGRAM INI KHUSUS HANYA UNTUK ORANG YANG

JAHIL... HINA... DHAIF... FAQIR.
 

TALIAN SEKRETARIAT: 

+609 945 3305

+6019 2675 838

(Pendaftaran & Pertanyaan Lanjut)

METODE:

  1. Memberikan 10% PENDEDAHAN TEORI & 90% PRAKTIKAL terhadap DIMENSI SUFI dengan menekankan aspek PENGALAMAN PERIBADI sebagai JATI DIRI mengenal PENCIPTA seterusnya barulah di amati dari perspektif FALSAFAH keilmuan.
  2. Pendekatan SEDERHANA yang MAMPU DIIKUTI oleh SESIAPAPUN tanpa mengira latar belakang perjalanan rohani atau sejarah silam kehidupan. Baik & jahat seseorang tersimpan di dalam RAHSIA ILAHI.
  3. TIADA KETERIKATAN atau HUBUNGKAIT dengan DOKTRIN mana-mana ALIRAN THARIQAH sebaliknya dibina dari perspektif SAINS & TEKNOLOGI SUFISTIK yang TERBUKA & BEBAS.
  4. PELAKSANAAN INTENSIF secara BERKUMPULAN (jama'ah) & INDIVIDU (munfarid). 
  5. Terdapat SESSI INTERAKSI- PERKONGSIAN, SOAL JAWAB & KOMENTAR secara MASSAL & PERIBADI berhubung KEMBARA ROHANI yang dilalui
Sila RUJUK QURBAH RABBANI (3) 1434H yang LEPAS sebagai GAMBARAN PROGRAM:



Share this article :

0 Komentar:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. TOK KUTAN - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Free Blogger Template