“HATI-HATILAH…
THARIQAH AKHIR ZAMAN PENUH DENGAN FITNAH.”
Demikian SABDA yg masih TERNGIANG2 menjadi
INGATAN seorang HAMBA ALLAH di suatu SAAT ia diberikan REZEKI oleh ALLAH
BERTEMU dengan BAGINDA RASUL ALLAH SOLLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM sehingga
WASIAT itu menjadi PEGANGANNYA.
PERSOALANNYA…
Kenapa SAMPAI BEGITU sekali JADINYA?
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH bertelagah MENDAKWA
PALING BENAR sehingga jika terdapat SALIK bukan dari kalangan AHLINYA di
pandang tidak “SEBULU” di layan tidak “SEKANDANG.” Pengalaman ROHANI mereka DIRENDAH2KAN
malah DINAFIKAN hanya kerana BUKAN dari KALANGANNYA. Yang BENAR di cari SALAH
yang BETUL sengaja DIPERLEKEHKAN. Saat Bertemunya DAKWAHNYA hanyalah CONDONG supaya meninggalkan
THARIQAH sedia ada & mengikuti THARIQAH ANUTANNYA kerana DAKWAANNYA itulah
yg paling BENAR DI SISI ALLAH melebihi segala yang lain.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH berperang MENDAKWA PALING
TINGGI. Jika KASYAF itulah THARIQAHNYA. Jika KAROMAH itulah THARIQAHNYA. Jika
LUAR BIASA itulah THARIQAHNYA. THARIQAH lain istilahnya BIASA2 saja. MAQAMNYA
masih di bawah TELAPAK KAKI THARIQAHNYA sehingga ada yang MENDAKWA di atas
PANGKAT sekelian AQTHAB. Sehingga MURID
jadi BIADAB kerana TAKABBUR konon di atas SEKALIAN WALI. Merasa MULIA melebihi
AZAZIL. Menjeling orang HINA macam KHINZIR.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH berjihad meninggikan
BENDERA THARIQAH melebihi BENDERA AGAMA. Mereka tak kisah jika ummah BERPECAH
BELAH kerana FAHAMANNYA asalkan KAUM THARIQAHNYA semakin RAMAI menjadi TENTERA
TAKSUB yang SIAP MENGGEMPUR lawan. Biarpun orang itu ISLAM, bila tidak SEHALUAN
dipandang MUSUH yang boleh DIPERANG. Bila MULIA DIRI menguasai DIRI akhirnya LUPA
DIRI hidup sama MATI.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH bermusuhan BEREBUT MURID.
Yang SEDIKIT mahu BANYAK & Yang BANYAK sering dalam KETAKUTAN. BIMBANG
murid dilarikan GURU lain. Sehingga sesama GURU saling BERMUSUHAN. Lupa TASBIH
di tangan sehingga berwajah BENCI PENUH DENDAM. Tak Ubah macam KANAK2 berebut
GULA2. BERGADUH di dalam LOPAK. KOTOR sama KOTOR. BUSUK sama BUSUK. Hanya Nampak
GAH pada SERBAN, JUBAH & JANGGUT. Tapi PERIBADI mengalahkan BADUT.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH mencari PENGARUH. Berbangga
dengan BANYAK MURID. Ke mana2 mahu di kenal WALI di sanjung SULTAN.
Menggempar-gempur KISAH KAROMAHNYA padahal baru cerita dalam MIMPI tapi HEBAH
macam REALITI. BENDA baru sebesar KUMAN tapi cerita sebesar LAUTAN. Tak perlu
angkat BAKUL sendiri nanti TERSEMBAM malukan diri. Kalau dah tak ada APA2 cakap
jelah TAK ADA APA2. Tak la SUSAH2 mereka KISAH akhirnya bila TERLONDEH malunya
MENAHUN.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH mencerita KETURUNANNYA
WALI. Betul la MOYANG dulu WALI akhlaknya pula mewarsi NABI. Tapi kamu bila TAK
RETI jangan berlagak TAHU semata2 untuk DIHORMATI sehingga pangkat KETURUNAN guna
NAMA AYAH TIRI. Cerita dulu orang dah TAK TAHU, kerlingnya pada apa ADANYA
sekarang. Bila sudah di depan mata tidak TERBUKTI apa lagi yang BERABAD lagi la
orang TAK PEDULI.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH dengan PENGALAMAN orang
lain. Tapi saat bercakap seolah dia yang alami. Padahal diri sendiri CAKAP jea LEBIH
tapi HATI MATI. Bila DI TANYA tak kalah HUJAH. QURAN & HADIS tersusun
HEBAT. Tapi setakat PENGETAHUAN bukan ke mana. Kerana WILAYAH SUFI pada
PENGALAMAN PERIBADI SENDIRI. Mereka yang BENAR TAHU mengunci DIRI. LIDAH tidak
sebarangan CAKAP. CAKAP tidak sebarangan KATA. Sehingga TERLIHAT bagaikan SI JAHIL
yg BUTA & TULI. Tapi HAKIKAT RAHSIA TUHAN SEGAR dalam SANUBARI.
THARIQAH HARI INI…
Kesibukannya HANYALAH bercerita BURUK & SALAH
orang lain. Diri sendiri MULUT JAHAT mengata orang PERANGAI BURUK di khalayak
ramai. Tak cukup sekadar dakwaan AHLI THARIQAH bila PERANGAI tidak mewarisi
AHLI THARIQAH. Hanya saja memburukkan nama THARIQAH bila dilelong MURAH di
PASAR SIANG. Busuk PAKAIAN kerana TUBUH yang KOTOR berendam AMMARAH di dalam
BENDANG.
Ini HANYALAH untuk INGATANKU SENDIRI. Bukan BERNIAT
MEMBURUKKAN THARIQAH kerana THARIQAH tidak pernah SALAH yang SALAH PENYALAH GUNAAN THARIQAH. Apa lagi bukan SEMUA THARIQAH seperti demikian. Cuma NASIHATKU untuk DIRIKU SENDIRI. HARUS
WASPADA Jika MEMILIH THARIQAH agar TIDAK TERSALAH LANGKAH bertemu SERIGALA JADIAN yang MELIHAT semua ORANG
seperti AYAM tunggu DIBAHAM. Ini juga JAUH SAMA SEKALI daku ANTI-THARIQAH atau MENOLAK THARIQAH kerana daku juga SI
JAHIL yang MENYENANGI THARIQAH. Malah GURUKU sendiri MEWAJIBKANKU BERTHARIQAH kerana
menurut beliau Hakikat BERTHARIQAH itu adalah sebenarnya TUNTUTAN BERGURU. Ini Harus DIFAHAMI dengan BENAR antara THARIQAH & ALIRAN THARIQAH. Jangan BERSENDIRIAN
berlagak PANDAI & FAHAM sehingga tidak perlu THARIQAH atau GURU. Apapun THARIQAHMU atau Siapapun GURUMU, Jangan di DIPANDANG pada NAMA & RUPA, Sebaliknya pastikan ia punyai SANAD MUTTASIL iaitu DARJAH ROHANINYA yang PERNAH LANGSUNG Bersambung TANGAN dalam BIMBINGAN & RESTU SAYYIDINA RASUL ALLAH Sollallalahu 'alaihi wasallam sehingga orang demikian TIDAK DI KENAL DI BUMI tapi SANGAT TERKENAL DI LANGIT. PASRAHKAN DIRI dalam BIMBINGANNYA Sehinggalah
kau temui GURU SEJATI yang MENUNTUNMU tanpa HENTI di saat TIDUR & JAGAMU. Di waktu itu engkau SELAMAT
dalam QURBAH RABBANI bertemankan SAYYIDUNA MURSYID AL-KAAMIL Sollallalahu 'alaihi wasallam.
MADAD YAA RASULALLAH…
Madad Ya RASULALLAH..
ReplyDelete